Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 23, 2014

Hari 9: Eksplorasi Vang Vieng dan Menuju Friendship Bridge

Imej
Hari 9: 28/3/2014 Awal pagi saya sudah pun bangun dari tidur.   Sebaik keluar dari bilik hotel, saya tertarik dengan belon udara panas yang melintasi bahagian atas hotel.  

Hari 8: Eksplorasi Luang Prabang dan Menuju Vang Vieng

Imej
Hari 8: 27/3/2014 Sebaik bangun dari tidur dan bersarapan ringkas, saya pun memanaskan enjin Tuxedo dan bersiap untuk eksplorasi Luang Prabang. Tempat pertama yang saya singgah adalah stesen minyak. Saya mengisi sebanyak 41,000 Kip (RM17) Di Luang Prabang juga terdapat Sungai Mekong. Antara tempat pertama yang saya lawati di Luang Prabang adalah old town nya. Disebabkan hari masih awal pagi, kebanyakan kedai masih lagi ditutup.

Hari 7: Plain of Jars dan Menuju Luang Prabang

Imej
Hari 7: 26/3/2014 Awal pagi lagi saya sudah bangun dari tidur. Selepas sarapan, saya pun mula bergerak ke kawasan Plain of Jars site 1. Sebelum itu, saya mengisi lagi minyak Tuxedo. Saya mengisi sebanyak 20,000 Kip (RM8) Sebaik tiba, saya perlu membayar tiket berharga 15,000 Kip (RM6) dan parkir sebagai 3,000 Kip (RM1.50)   Di sini juga disediakan kenderaan khas untuk membawa pengunjung ke pintu masuk kawasan Plain of Jars tersebut.

Hari 6: Kawasan Berbukit Menuju ke Phonsavan

Imej
Hari 6: 25/3/2014 Salah satu destinasi utama dalam Laoride ini adalah Plain of Jars. Untuk ke sana, saya perlu memandu  ke utara iaitu ke Phonsavan. Di bawah ini adalah laluan saya pada hari ini. Perjalanan adalah sejauh 382 km.   Berdasarkan rajah di atas, saya cuma ada opsyen "Pratonton" sahaja. Tiada pun opsyen "Mulakan navigasi" seperti semasa saya menggunakan app yang sama di Bangkok. Jadi untuk mengatasi masalah ketiadaan liputan semasa di dalam perjalanan, saya terpaksa screen-shot setiap simpang seperti dalam gambar-gambar berikut.

Hari 5: Tiba di Ubon Ratchathani dan memandu ke Thakhek

Imej
Hari 3: 24/3/2014 Saya masih lagi di dalam tren menuju ke Ubon Ratchathani. Seawal jam 6:00 pagi saya sudah bangun dari tidur. Seperti biasa, saya membersihkan diri. Pada ketika ini, tren sudah pun memasuki kawasan Timur Laut negara Thai yang lebih dikenali sebagai isaan . Saya dapati tren melalui kawasan jelapang padi.   Jam 8:30 pagi, tren pun tiba di stesen Ubon Ratchathani. Saya tidak sabar-sabar menunggu Tuxedo diturunkan dari gerabak kargo.

Hari 3 & 4: Tiba di Bangkok dan Eksplorasi Bangkok

Imej
Hari 3: 22/3/2014 Saya masih lagi di dalam tren menuju ke Bangkok. Seawal jam 5:00 pagi saya sudah bangun dari tidur.  Penumpang-penumpang lain masih lagi nyenyak tidur.   Perkara pertama saya lakukan adalah membersihkan diri.