Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 11, 2012

Pelan Hari 7: Bangkok - Phattalung

View Larger Map Hari ini telah pun 7 hari saya berada di Thailand. Hari ini juga saya akan meninggalkan Bangkok dan menuju ke selatan. Insya-Allah, akan bermalam di Phattalung. Pemanduan sejauh 840 km. Doakan perjalanan selamat.

Hari Terakhir di Bangkok

Imej
Selepas melawat dua buah masjid di Bangkok, saya pun bergerak ke Wat Arun. Kuil ini terletak berdekatan dengan masjid-masjid tersebut. Kali ini sudah 4 kali saya melawat kuil ini. Kali pertama semasa saya berusia 12 tahun. Ketika itu saya bersama famili saya melawat Bangkok. Kali kedua semasa tahun 2005 dan kali ketiga semasa perayaan Songkran pada tahun 2009. Wat Arun ini merupakan mercu tanda utama di Bangkok. Apa yang menarik,kuil ini terletak di tebing Sungai Chao Phraya. Kelihatan beberapa ekor ikan berenang-renang di dalam sungai ini. Selepas berehat sebentar, saya pun meneruskan perjalanan ke Pasar Minggu Chatuchak atau dikenali sebagai Chatuchak Weekend Market . Sungguhpun pasar ini dibuka hanya pada hari Sabtu dan Ahad, kini terdapat banyak kedai yang sudah memulakan perniagaan pada hari Jumaat. Di Chatuchak ini terdapat beribu-ribu buah gerai yang menjual pelbagai barangan dari haiwan peliharaan, cenderamata, makanan, pakaian hinggalah perhiasan, buku-buku dan banyak lagi

Melawat Masjid Bangkok pada hari Jumaat

Imej
Hari ini adalah hari Jumaat. Lebih afdal rasanya jika saya berkunjung ke masjid pada penghulu segala hari ini. Saya bercadang untuk melawat 2 masjid utama di Bangkok. Masjid pertama yang ingin saya berkunjung adalah Masjid Bangluang. Sudah lama saya ingin berkunjung ke sini selepas menonton sebuah rancangan di TV3 yang dihoskan oleh Fetheri Yahya semasa bulan Ramadan tahun lepas. Masjid ini dibina semasa pemerintahan Raja Rama yang pertama lagi. Untuk sampai ke masjid, saya perlu parkir kereta saya di tepi jalan besar dan melalui lorong di tepi parit besar di belakang rumah penduduk sini. Beginilah pemandangan masjid dari luar iaitu di pintu masuknya. Sebaik tiba di masjid, saya terlihat tempat mengambil wuduk ini. Apabila terpandang menara masjid ini, saya terbayang masjid-masjid yang terdapat di Malaysia. Walaupun kebanyakan bahagian masjid ini tampak lama dan tradisional, tetapi waktu solat dipaparkan dalam bentuk digital. Tarikan utama di masjid ini adalah mimbarnya yang mempunyai

Amphawa dan Makanan Muslim Bangkok

Imej
Selepas melawat Mae Klong, saya pun memandu ke Amphawa. Dalam perjalanan ke sana, saya mengisi minyak kereta terlebih dahulu. Saya mengisi sebanyak 1000 Baht. Selepas itu saya meneruskan pemanduan. Gambar di bawah adalah pintu gerbang Amphawa. Di pekan Amphawa, terdapat pasar terapung. Akan tetapi, pasar terapung ini hanya beroperasi pada hujung minggu sahaja. Di terusan inilah lokasi pasar terapung tersebut. Sebelum balik semula ke Bangkok, saya singgah di kedai cenderamata Sri Amphawa ini. Selepas membeli beberapa cenderamata, saya pun memandu ke Bangkok. Dalam perjalanan, saya melalui semula daerah Samut Songkhram. Daerah ini terkenal dengan perusahaan garam air lautnya. Terdapat banyak gerai menjual garam di tepi lebuhraya. Saya pun meninjau ke salah sebuah gerai yang terdapat di sini. Kelihatan banyak jenis garam yang siap dibungkus dan harganya sangat murah. Menjelang petang, saya pun tiba di Bangkok dan perut pula terasa lapar. Apa tidaknya, sejak pagi tadi, saya hanya maka

Pasar Mae Klong Atas Landasan

Imej
12.30 PM Saya pun memandu kereta menghala ke Mae Klong untuk melihat pasar di atas landasan keretapi yang terletak lebih kurang 50 km dari Phra Samut Chedi ini. 1.15 PM Saya melalui pintu gerbang Samut Sakhon. 1.45 PM Saya melalui pula pintu gerbang Samut Songkhram. Di daerah inilah terletaknya pasar di atas landasan kereta api itu. Dalam perjalanan, saya lihat banyak terdapat perusahaan memproses garam dari air laut. Kincir angin juga banyak terdapat di sini. 2.15 PM Saya pun tiba di pasar Mae Klong ini. Pasar ini terletak di atas landasan kereta api yang masih digunakan. Pelbagai barangan boleh didapati di sini antaranya, sayur-sayuran segar, hasil laut, kuih-muih, selipar malah CD dan DVD. Saya tertarik melihat manisan kecil ini. Setiap satu berharga 5 baht sahaja. Ini juga menarik perhatian saya. Katak panggang. Yang ini harganya agak mahal berbanding manisan tadi. Setiap satu 40 baht termasuk sambalnya. Saya menyusuri pasar ini sehingga ke penghujungnya. Ag

Wat Khun Samut Trawat

Imej
9.00 AM Memandangkan saya mempunyai kenderaan sendiri, saya bercadang untuk mengembara ke tempat yang susah dikunjungi tanpa kenderaan sendiri. Hari ini saya akan ke kawasan Phra Samut Chedi iaitu lebih kurang 40 km dari Bangkok. Selepas keluar dari Bangkok, jalan ke sini melalui jalan kampung. Dari jalan besar, saya melalui satu pintu gerbang ini. Selepas itu, saya dapati jalan ini banyak melalui kawasan penuh air ini. Kemudian saya melepasi pintu gerbang yang kedua. Di papan tanda tersebut tertera ayat "Song Phra Jaren" yang bermaksud "Dirgahayu Tuanku". Papan tanda seperti ini banyak terdapat di negara Thai. Sayang betul mereka kepada Raja mereka. Selepas ini jalan agak kecil. Tidak jauh dari situ, saya pun tiba di jeti untuk ke Ban Khun Samut Chin. Saya pun parkir kereta saya di tepi jalan. Selepas itu saya cuba mendapatkan bot ke Ban Khun Samut Chin. Selepas berbincang dengan pemilik bot, dia bersetuju untuk membawa saya ke sana d