Amphawa dan Makanan Muslim Bangkok

Selepas melawat Mae Klong, saya pun memandu ke Amphawa. Dalam perjalanan ke sana, saya mengisi minyak kereta terlebih dahulu. Saya mengisi sebanyak 1000 Baht.

Selepas itu saya meneruskan pemanduan. Gambar di bawah adalah pintu gerbang Amphawa.

Di pekan Amphawa, terdapat pasar terapung. Akan tetapi, pasar terapung ini hanya beroperasi pada hujung minggu sahaja. Di terusan inilah lokasi pasar terapung tersebut.

Sebelum balik semula ke Bangkok, saya singgah di kedai cenderamata Sri Amphawa ini.

Selepas membeli beberapa cenderamata, saya pun memandu ke Bangkok. Dalam perjalanan, saya melalui semula daerah Samut Songkhram. Daerah ini terkenal dengan perusahaan garam air lautnya. Terdapat banyak gerai menjual garam di tepi lebuhraya.

Saya pun meninjau ke salah sebuah gerai yang terdapat di sini. Kelihatan banyak jenis garam yang siap dibungkus dan harganya sangat murah.

Menjelang petang, saya pun tiba di Bangkok dan perut pula terasa lapar. Apa tidaknya, sejak pagi tadi, saya hanya makan roti dan air kopi sahaja. Saya pun singgah di restoran muslim ini yang terletak di Bang Rak berdekatan dengan Silom.

Makanan istimewa di restoran ini adalah nasi beriani.

Selepas makan, saya pun balik ke hotel untuk berehat.

Ulasan

  1. hi..baru2 ni saya berdua,drive dari malaysia ke bangkok. pergi balik guna different routes selama 8 hari. Penat sebab bulan puasa. tapi best. siap tukar tayar kat cha am. org thai sampai ke bkk mmg baik2. thanx, blog anda ni bagi semangat positive nak pergi sampai bangkok by driving. selalu org/backpackers naik train. Kami dua perempuan tau. hehe.

    BalasPadam
  2. Tahniah... my next trip ialah dengan menaiki motosikal... Ride ke Nakhon si Thammarat... Jom la join.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengisi petrol di Thailand

Ligor yang Penuh Sejarah

Membawa Motosikal Malaysia Memasuki Vietnam