Sepetang di Sukhothai Historical Park

Selepas berehat sebentar di bilik dan menghilangkan penat, saya pun keluar dari hotel dan memandu ke Sukhothai Historical Park yang terletak kira-kira 5km dari hotel. Tempat pertama saya pergi ialah Wat Chang Lom. Saya parkir kereta saya betul-betul di sebelah wat.


Bahagian berbentuk seperti loceng di bahagian tengahnya dipanggil Chedi.


"Chang" dalam bahasa Thai bermaksud gajah dan "lom"pula bermaksud "mengelilingi". Lihat saja keadaan fizikal wat ini. Gajah terdapat di sekeliling wat ini.



Kalau dilihat dengan teliti, setiap gajah dipisahkan oleh panel yang diperbuat daripada batu bata untuk memberi ilusi bahawa setiap gajah berada dalam sebuah bilik kecil.

Selepas itu saya memandu pula ke bahagian selatan dan menuju ke Wat Chetuphon. Saya parkir kereta di sebelah kawasan wat.



Di wat ini terdapat beberapa imej Buddha dalam pelbagai posisi. Saya tertarik dengan imej Buddha tinggi ini.


Inilah kali pertama saya melihat imej Buddha yang sedang berjalan.

Di bahagian belakang patung Buddha berjalan tadi, terdapat pula Buddha dalam keadaan berdiri.


Ini pula adalah patung Buddha dalam keadaan duduk.


Seterusnya saya ke Wat Chedi Si Hong (terjemahan: Wat Chedi Empat Bilik) yang terletak bersebelahan dengan Wat Chetuphon.


Chedi tengahnya juga berbentuk loceng.

Tetapi Chedi itu tidak menarik perhatian saya. Saya tertarik dengan patung-patung gajah yang menyokong Chedi berkenaan. Sungguhpun rosak, rekabentuknya unik.


Selepas itu saya memandu ke bahagian utara untuk melawat ke Wat Si Chum. Dalam perjalanan, saya melintasi City Wall ini. Dinding ini mengelilingi Sukhothai dan memberi perlindungan kepada bandar ini pada zaman lampau.


Wat ini adalah tarikan utama di bahagian utara taman bersejarah ini.


Tarikan utama yang saya maksudkan ialah patung Buddha yang bersaiz besar yang terdapat di sini. Patung Buddha mempunyai ketinggian lebih 11 meter dari kaki hingga ke kepalanya.

Patung Buddha ini dilindungi dalam stuko dan berada dalam keadaan duduk di dalam sebuah bangunan bata empat segi yang terbuka di bahagian atas.







Selepas itu saya melawat ke Wat Phra Phai Luang ini.


Wat ini pada asalnya adalah kuil Hindu. Sebab itulah terdapat menara yang berbentuk seperti jagung ini.


Berikut ini adalah gambar-gambar yang diambil di sekitar wat ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengisi petrol di Thailand

Ligor yang Penuh Sejarah

Membawa Motosikal Malaysia Memasuki Vietnam