Memandu ke Wat Phai Rong Wua

Seawal jam 6.00 pagi saya sudah pun bangun dari tidur. Selepas mandi, saya sempat merakam suasana pagi di Ayutthaya dari balkoni bilik penginapan saya. Kelihatan sebuah kereta api melintasi sebuah bendang.
6:45 am
Saya check-out dari hotel. Gambar di bawah ada hotel yang saya menginap di Ayutthaya malam tadi.


Saya pun memandu ke Wat Phai Rong Wua yang terletak di daerah Suphan Buri. Berikut ini adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa dalam perjalanan. Terdapat juga Premium Outlet di Ayutthaya.


Jalan menuju ke sini lebar dan melalui beberapa bandar.
Di bawah ini adalah pintu gerbang untuk masuk ke wat tersebut.



Klip video ini memaparkan laluan pemanduan saya dari pagi tadi hingga tiba di Wat Phai Rong Wua

Sebaik masuk, saya ternampak deretan patung Buddha. Saya merasakan ini adalah kubur memandangkan terdapat gambar seseorang di bahagian bawah setiap patung tersebut.

Saya terus masuk ke dalam dan di situ kelihatan sebuah patung Buddha yang besar dalam keadaan duduk.


Risau pula saya apabila melihat papan tanda ini.
Selepas itu saya masuk menghala ke wat. Dalam perjalanan ke sana, terdapat beberapa diorama yang menggambarkan keadaan kehidupan seharian masyarakat Thai.

Makin ke dalam, dipaparkan pula diorama yang menggambarkan seksaan di neraka bagi mereka yang berbuat jahat.



Terdapat juga manusia yang kepalanya menyerupai haiwan dan kemudian diseksa.

Ada juga yang direbus dalam kuali yang besar.




Terdapat juga gambaran manusia yang diseksa dengan memanjat pohon berduri.

Yang ini mungkin seksaan bagi mereka yang suka menipu. Lidahnya sampai terjelir.


Terdapat juga diorama yang lebih menakutkan yang gambarnya kurang sesuai untuk dipaparkan di blog ini. Gambaran yang menakutkan ini diakhir dengan pemandangan indah di sekitar wat. Tasik ini dipenuhi dengan pohon kiambang.

Ini pula mungkin gambaran di syurga.

Selepas selesai melawat, saya singgah di gerai ini untuk minum pagi.

Kemudian saya meneruskan perjalanan ke Sukhothai.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengisi petrol di Thailand

Ligor yang Penuh Sejarah

Membawa Motosikal Malaysia Memasuki Vietnam