Memandu ke Si Satchanalai

Seterusnya, saya memandu ke Si Satchanalai Historical Park. Dalam perjalanan, saya singah mengisi minyak PTT. Kali ini saya mengisi minyak Gasohol 95 kerana hanya minyak jenis itu sahaja yang terdapat di kawasan ini.


Dari tempat gambar ini diambil, ada lagi 23 km untuk sampai ke Si Satchanalai.


Saya dapati jalan ke Si Satchanalai ini begitu sunyi dan tiada banyak kenderaan mahupun manusia.


Sebaik sahaja tiba di Satchanalai Historical Park, saya ternampak sebuah kuil di tepi jalan. Saya pun terus parkir kereta saya. Jalan di sini begitu sunyi sekali.

Saya tidak pasti nama kuil ini kerana tidak maklumat tentangnya tertera.
Nampaknya Si Satchanalai ini masih belum habis dipulihara kerana masih terdapat banyak batu berselerakan.

Kereta saya masih selamat lagi di tepi jalan yang sunyi ini.


Saya pun terus memandu menuju ke kompleks utama Si Satchanalai Historical Park. Dalam perjalanan, saya nampak saya tembok besar dan terus parkir kereta.

Inilah Taomo City Gate. Risau pula apabila melihat arahan dilarang membawa pistol.

Kota Si Satchanalai ini dahulunya dilindungi dan dikelilingi oleh tembok batu ini.


Di satu sisi tembok, terdapat sebatang sungai yang dipanggil Luang Rapids.

Kelihatan sebuah sampan di tengah sungai yang deras ini.
Di tebing Luang Rapids ini terdapat dua buah rumah berhala yang dihiasi dengan bunga-bungaan ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengisi petrol di Thailand

Ligor yang Penuh Sejarah

Membawa Motosikal Malaysia Memasuki Vietnam