Ride & Chill 2017: Heaven's Gate Pass

Hari 9 (20 Disember 2017, Selasa)


Hari ini adalah permulaan highlight utama Ride & Chill 2017 iaitu ride ke kawasan pergunungan Utara Vietnam. Ride ini merupakan satu loop (lingkaran) yang bermula dan berakhir di Ha Giang, wilayah paling utara di negara Vietnam. Untuk hari pertama, perjalanan sejauh 100 km dari Ha Giang dan berakhir di Yen Minh iaitu tempat saya bermalam.

Peta Laluan:







Keadaan Tuxedo yang diparkir di dalam hotel di Ha Giang

Ha Giang di waktu pagi



Selepas bersarapan, saya telah bersedia untuk hit the road. Dari pekan Ha Giang, saya menggunakan laluan QL4C dan sempat mengisi minyak Tuxedo.



Keluar sahaja dari pekan ini, saya dihidangkan dengan jalan yang mula membukit. Kira-kira 30 km, tersergam pintu gerbang yang mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke Geo-Park Dataran Tinggi Karst Dong Van.

 

Kelihatan di kejauhan papan tanda yang tertera nama Geo-Park ini dalam gaya Hollywood.

  


Di kiri kanan jalan kelihatan kawasan sawah padi yang bertingkat-tingkat juga pemandangan bukit-bukau yang memukau dengan air sungai yang jernih.


 



 





Laluan seterusnya adalah jalan yang mula mendaki digelar Heaven's Gate Pass. Pemandangan jalan raya yang telah saya lalui sebentar tadi dari bahagian atas tampak menakjubkan.


Di kawasan puncak Heaven's Gate Pass ini terdapat kawasan tinjau dengan pusat informasi dan kedai kopi serta buah-buahan, iaitu Quan Ba Viewpoint. Dari kawasan tinjau ini, kelihatan pekan Tam Son (juga dikenali Quan Ba).

 


 

Setelah mengambil gambar, saya meneruskan perjalanan dengan laluan yang menuruni bukit.




Saya melewati pekan Tam Son yang kelihatan dari Quan Ba Viewpoint tadi. Dari pekan ini, saya terus menggunakan laluan QL4C yang kali ini jalan melalui kawasan lembah gunung batu kapur dan sebatang sungai yang berjajaran dengan jalan raya.


Pemandangan dari Jambatan Sungai Mien




Berehat seketika di tebing Sungai Mien

Telah meninggalkan bandar Ha Giang 66 km
Pada musim sejuk, hari telah mulai gelap walaupun jam baru menunjukkan pukul 5:00 petang. Saya masih ada lebih kurang 34 kilometer lagi untuk sampai ke pekan Yen Minh. Saya terpaksa berhenti di sebuah kedai runcit di tengah kawasan pergunungan. Mujur di kedai runcit ini ada menjual air kopi panas.

Singgah mencari kopi panas di kedai runcit jam 6:00 petang



Syukur alhamdulillah, saya selamat tiba di pekan Yen Minh jam 8:00 malam dan saya bermalam di sini.














Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengisi petrol di Thailand

Ligor yang Penuh Sejarah

Membawa Motosikal Malaysia Memasuki Vietnam