KSR Solo Ride Dari Ipoh ke Melaka

9/11/2013

Hari ini adalah hari jadi saya. Sempena hari jadi ini, saya akan menunggang KSR saya dari Ipoh ke Melaka. Jam 8:00 pagi selepas bersarapan, saya menunggang dari Ipoh ke Kelana Jaya.

Bergambar di highway PLUS berdekatan Gua Tempurung
Berehat di kawasan Bukit Beruntung

Jam 11:30 pagi saya tiba di Kelana Jaya. Di sini saya melaksanakan tugas merakam majlis perkahwinan.

Sebaik selesai wedding shooting tu, saya pun bergerak ke Putrajaya untuk lepaking.


Selesai bergambar, saya pun menuju ke Cyberjaya untuk bermalam.

 

10/11/2013

 

Saya sudah pun berada di Cyberjaya setelah tiba di sini dari Ipoh malam tadi. Saya memulakan perjalanan ke Melaka seawal jam 8:00 pagi. Dari sini, saya melalui jalan biasa ke Sepang dengan berbantukan GPS.

Di bawah ini adalah pelan yang saya lalui dari Cyberjaya ke Sepang.

 

Melewati bandar sepang, saya merentasi sempadan ke Negeri Sembilan.

 

Dari situ saya melalui jalan Banting-Port Dickson ini.

 

Jalan ini agak sunyi dan bengkang-bengkok. Sangat sesuai untuk rider yang suka togei.

Jam 11:30 pagi saya tiba di Alor Gajah. Memang plan asal nak merasai kueh udang Alor Gajah yang popular di sini. Saya terpaksa menunggu setengah jam kerana kedai tersebut hanya memulakan perniagaan jam 12:00 tengah hari.

 

Harganya juga agak murah. Cuma RM4.50 untuk set makan bagi 2 orang. Tapi saya berjaya menghabiskannya seorang.

Selepas makan, saya ke Dataran Alor Gajah untuk bergambar kenangan.

Dari Alor Gajah, saya menggunakan Lebuhraya AMJ ke bandar Melaka.

Jam 1:30 petang, saya tiba di Hotel Mahkota dan check-in di situ.

 

Pada sebelah petang, saya pun jalan-jalan cari makan. Rakan saya mencadangkan untuk saya mencuba kuih kampung ini. Perniagaan ini pernah dikunjungi oleh JJCM TV3.

 

Saya tertarik dengan rasa popiah basah ini. Ada pilihan popiah ayam atau popiah daging. Yummy.

Dari situ saya bergambar di sekitar bandar Melaka.

 

Dari situ saya ke Pantai Klebang.

13/11/2013

Tibalah hari untuk saya meninggalkan Melaka.

Dari Melaka saya melalui jalan biasa ke Sungai Udang dan menuju ke Si Rusa. Dalam perjalanan, saya melalui kawasan tepi pantai, Pengkalan Balak. Ini adalah kawasan perkampungan nelayan.

 

Sempadan berdekatan Tanjung Tuan

Jam 12:30 tengah hari saya tiba di Nilai 3 dan berjumpa sahabat KSR di sana.

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengisi petrol di Thailand

Ligor yang Penuh Sejarah

Membawa Motosikal Malaysia Memasuki Vietnam