Ride & Chill 2017: Tuxedo Meragam

Hari 2 (13 Disember 2017, Rabu)

Jam 12:00 tengah hari, saya pun check-out hotel dan bersiap ke Stesen Keretapi Hatyai. Tren saya ke Bangkok hari ini adalah tren no. 170 yang dijangka bertolak jam 2:45 petang. Sebaik saya memulakan perjalanan, tiba-tiba yang merasakan ada sesuatu yang tak kena pada gear Tuxedo. Peralihan gear agak sukar menyebabkan pergerakan motor agak tersangkut-sangkut. Tanpa mengelahkan masa, saya terus ke bengkel motosikal Kawasaki di bandar ini.



Jam menunjukkan pukul 1.00 petang. Saya merasa resah kerana perlu menaiki keretapi sebentar lagi. Bagi menenangkan hati, saya membuat andaian mungkin keretapi akan bertolak lewat seperti sebelum ini. Selepas hampir 1 jam pemeriksaan dilakukan, mekanik memaklumkan terdapat kerosakan pada spring gear Tuxedo. Malang sekali, alat gantian berkenaan tiada di tempat mereka dan perlu membuat pesanan dari Bangkok. Saya pun meminta mereka alamat Kawasaki di Bangkok dengan harapan dapat membawa Tuxedo apabila tiba di Bangkok.

Selepas itu, saya pun terus menuju ke stesen keretapi Hatyai dalam keadaan motor yang agak tersangkut-sangkut, Urusan membawa Tuxedo ke Bangkok berjalan dengan lancar. Andaian bahawa tren terlewat mengenai sasaran apabila jam 3:15 petang, tren masih belum kunjung tiba.



Jam 3:45 petang, barulah tren tiba di stesen Hatyai dan saya pun bersedia untuk bergerak ke Bangkok. Dalam hati ini, perasaan bercampur baur sama ada Tuxedo dapat dibaiki segera atau pun tidak di Bangkok di kelak.


Perjalanan ke Bangkok kali ini saya menaiki keretapi jenis Rapid di kelas 2 tempat tidur tidak berhawa dingin. Harga tiket tren jenis ini adalah 555 Baht.





Laluan tren dalam catatan ini:



Hari 3 (14 Disember 2017, Khamis)



Pagi saya dikejutkan dengan bunyi atendan keretapi ini sedang menukar semula tempat tidur kepada tempat duduk. Saya pun turun dari tempat tidur, membersihkan diri secara ala-kadar dan menikmati pemandangan luar dari tingkap gerabak yang terbuka.


Dari kawasan luar bandar, keretapi mula melewati kawasan kota dengan bangunan pencakar langit. Saya sudah tidak sabar lagi untuk tiba di Bangkok kerana ada urusan yang belum selesai.






Jam 9:30 pagi, saya pun selamat tiba di stesen Hualamphong. Stesen keretapi yang nostalgia yang mempunyai 1001 kenangan. Sebaik turun dari keretapi, saya pun terus mencari Tuxedo di gerabak kargo.






Sebaik sahaja mendapatkan Tuxedo, saya pun bergegas ke pusat servis Kawasaki di Rama 4 seperti alamat yang diberikan oleh bengkel di Hatyai semalam. Saya perlu segera membaiki Tuxedo kerana tiket perjalanan keretapi saya seterusnya adalah ke Udon Thani pada petang ini.



Pusat servis Kawasaki terletak lebih kurang 9 km dari stesen keretapi Hualamphong. Untuk mencarinya di Google Maps, saya menaip Kawasaki Rama4.




Pemeriksaan mekanik di sini juga mengesahkan bahawa spring gear Tuxedo mengalami kerosakan dan perlu menukarkannya.



Saya meminta mereka agar menyegerakan pembaikan tersebut kerana perlu menaiki tren pada petang ini. Namun, mereka memaklumkan bahawa alat gantian tersebut tiada juga di tempat mereka dan perlu dipesan dari Rayong. Paling awal Tuxedo boleh siap adalah pada petang esok!



Saya tiada pilihan melainkan meninggalkan Tuxedo di pusat servis ini untuk dibaiki. Memetik kata-kata daripada seorang rakan FB: 


Seterusnya saya perlu kembali ke stesen Hualamphong bagi menukar tarikh perjalanan keretapi petang ini ke petang esok (dengan andaian bahawa Tuxedo akan siap juga hari esok). Saya memilih untuk menaiki GrabBike ke stesen Hualamphong dengan tambang 98 Baht.


Tidak sampai 10 minit lepas memanggil GrabBike menggunakan app, saya telah pun berada di tengah jalan raya di kota Bangkok menuju stesen Hualamphong.





Sesampainya di stesen, saya pun terus ke kaunter penukaran tiket untuk menangguhkan tiket perjalanan ke hari esok. Bayaran penukaran tiket perjalanan adalah 50 Baht. Selepas itu, saya pun mencari hotel penginapan dan mendaftar masuk ke sebuah hotel berdekatan.

Keresahan saya selanjutnya adalah tentang jadual perjalanan yang telah 'lari' dari jadual asal. Mengikut jadual, saya merancang untuk memasuki Laos menggunakan feri di Bueng Kan pada hari esok. Akan tetapi, saya hanya akan tiba di situ hari Sabtu dan daripada maklumat yang saya perolehi, kebarangkalian feri ada pada hujung minggu di situ adalah sangat rendah. Saya perlu menggunakan Pelan B nampak gayanya.

Bagi mengisi masa, saya bersiar-siar sekitar kota Bangkok tanpa tujuan khusus.

Stesen Hualamphong waktu malam


Hari 4 (15 Disember 2017, Jumaat)

Terkandasnya saya di Bangkok ini rupanya memberi peluang kepada saya untuk berjumpa dengan idola iaitu bro Abi Khalid yang baru pulang daripada 5 Nation Ridenya. Saya sempat berkenalan dengan rakan-rakan rider yang lain dan mendengar cerita mereka selepas ride di Laos dan Kemboja.


Selain itu, bro Abi Khalid menunjukkan lokasi sebuah kedai makan halal berdekatan (rujuk peta di bawah). Selama ini hanya tahu kedai makan halal di dalam medan selera stesen Hualamphong saja.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengisi petrol di Thailand

Ligor yang Penuh Sejarah

Membawa Motosikal Malaysia Memasuki Vietnam