Ride & Chill 2017 Bermula

Hari 1 (12 Disember 2017, Selasa)


Hujan yang turun sejak tengah hari menyebabkan saya bertolak agak lewat. Jam 5:38 petang saya meninggalkan bandaraya Ipoh dan menunggang Tuxedo menuju Hatyai. Dalam perjalanan, cuaca agak baik cuma hujan sedikit di sekitar Alor Setar. Namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk ke Hatyai. Setibanya di Changlun, seperti biasa saya membeli insurans Thailand, mengisi borang TM dan juga kad ketibaan.



Setibanya di Bukit Kayu Hitam, saya agak keliru dengan laluan ke kompleks imigresen yang telah berubah ke bangunan baru. Entah bila bangunan ini dibina pun saya tidak menyedarinya sebelum ini. Tahu-tahu saja, ia telah disiap.


Begitu juga dengan imigresen Thailand di Sadao. Mereka juga telah berpindah dan beroperasi di bangunan baru. Urusan imigresen dan kastam pada malam ini agak lancar dan tiada kesesakan.



Sebaik memasuki pekan Dannok, saya membeli kad sim DTAC di salah sebuah kedai telefon di situ dan selepas makan makan, saya meneruskan perjalanan ke Hat Yai.


Penginapan saya di Hatyai adalah di The Bed Hatyai. Bilik single ini hanyalah 450 Baht/malam dan ia dilengkapi dengan katil, ruang rehat, TV, bilik mandi dan almari. Masa untuk berehat kerana keesokannya saya akan menaiki keretapi ke Bangkok.

Laluan dalam catatan ini:

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengisi petrol di Thailand

Ligor yang Penuh Sejarah

Membawa Motosikal Malaysia Memasuki Vietnam