Ride & Chill 2017: Menuju sempadan Thai-Laos

Jam 3:00 petang saya mendapat panggilan daripada Pusat Servis Kawasaki Rama 4 menyatakan bahawa Tuxedo sudah hampir siap dan boleh diambil petang ini. Saya pun terus mendapatkan GrabBike dan menuju ke pusat servis berkenaan.


Syukur Tuxedo telah pulih seperti sedia kala. Setelah mendapatkannya saya pun terus ke stesen Hualamphong.


Semasa mendaftarkan Tuxedo untuk memasuki gerabak kargo, saya dimaklumkan bahawa Tuxedo akan dimasukkan dalam tren berlainan daripada tren saya naiki. Ini kerana tren yang saya naiki iaitu Train Express No. 77 tiada gerabak kargo. Ia akan menaiki Train Rapid No. 133



Inilah koc kelas 3 dalam Train Express No. 77 yang bertolak dari Bangkok jam 6:35 petang. Koc ini tidak berhawa dingin serta tempat duduknya tidak berkusyen. Tambang ke Nong Khai adalah 245 Baht. Masa ini Tuxedo masih di Bangkok dan hanya akan berlepas dari sana jam 8:45 malam.



Suasana agak berlainan dalam koc kelas ketiga ini. Sungguh pun begitu, saya rasa begitu santai dalam perjalanan. Setiap kali berhenti di stesen, penjaja makanan akan berpusu-pusu naik bagi mencari pelanggan. Malah penjaja minuman panas pun ada siap membawa termos dan membancuhnya dalam gerabak.





Menjelang tengah malam, tren melalui kawasan berbukit dan udara dingin dari luar mulai menerjah masuk ke dalam gerabak. Masa untuk melelapkan mata dan mengumpul tenaga untuk perjalanan ride esok melebihi 300 km.

Laluan perjalanan tren dalam catatan ini:



Hari 5 (16 Disember 2017, Sabtu)




Selepas 10 jam dalam tren, saya pun tiba di stesen keretapi Udon Thani. Ketika berada di dalam tren lagi saya sudah merasai kesejukan dan ketika ketibaan, suhu di bandar ini adalah 18°C.  Sementara menunggu ketibaan Tuxedo dari Bangkok, saya melelapkan mata di stesen keretapi yang sunyi ini.

Tepat jam 8:00 pagi, Tuxedo diturunkan daripada gerabak kargo. Menunggu 3 jam lebih di stesen yang asing ini bukan satu masa yang panjang.




Sebelum meninggalkan Udon Thani, saya bersarapan dahulu di sebuah kedai makanan halal berdekatan masjid di bandar ini (rujuk peta di bawah). Nama restoran ini di Google Maps adalah ร้านอาหารอิสลาม bermaksud kedai makanan Islam. Koordinat GPS: 17.401987, 102.786925



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengisi petrol di Thailand

Ligor yang Penuh Sejarah

Membawa Motosikal Malaysia Memasuki Vietnam