Hari 1: Kuala Lumpur - Shenzhen

Flight saya ke Shenzhen dijadualkan berlepas jam 6:15 pagi dari LCCT. Penerbangan ini mengambil masa 4 jam dan dijangka tiba di Shenzhen jam 10:30 pagi. Sejurus sebelum mendarat di lapangan terbang Shenzhen, saya tertarik dengan ratusan kapal yang berada di lautan.

Jam 10:10 pagi kapal terbang selamat mendarat. Kelihatan penumpang terus menuju ke bas yang disediakan untuk membawa kami ke balai ketibaan.

Sebaik tiba di balai ketibaan, saya terus ke bahagian tuntutan bagasi. Semasa menunggu beg keluar di atas roller, saya terperanjat apabila seekor anjing berjalan di atas roller sambil menghidu beg yang keluar. Kelihatan seorang polis mengarahkan anjing tersebut. Nasib baik beg saya tidak sempat disentuh oleh anjing tersebut, jika tidak tidak pasal-pasal saya perlu menyamaknya.

Gambar di atas diambil di balai ketibaan. Tiada apa yang menarik di sini. Saya pun terus keluar dan berjalan menuju ke stesen metro. Saya sempat bertanyakan lokasi stesen metro kepada salah seorang penjaga kaunter di balai ketibaan. Malangnya, dia tidak memahami bahasa Inggeris. Saya pun mencari papan tanda arah ke stesen metro.

Alhamdulilah, stesen metro terletak tidak jauh dari lapangan terbang. Saya pun terus membeli tiket ke Luohu. Tujuan saya ke situ adalah ke Stesen Kereta Api Shenzhen bagi membeli tiket ke Guilin bagi perjalanan hari esok. Tambang tiket metro ke Luohu hanyalah 9 Yuan (RM 4.50). Perjalanan hampir 90 minit.

 

Dalam tren saya dapat terdapat peta interaktif yang menunjukkan lokasi semasa tren.

Disamping itu juga, stesen berikutnya dipaparkan dalam dwibahasa.

Jam 12:30 ptg, saya pun tiba di stesen metro Luohu.

Stesen metro Luohu
Saya pun terus ke Stesen Kereta Api Shenzhen yang terletak bersebelahan stesen metro ini. Dalam perjalanan, kelihatan papan tanda Hong Kong. Sebenarnya Luohu ini merupakan salah satu pintu masuk ke China dari Hong Kong.

Gambar di bawah ini diambil di luar Stesen Kereta Api Shenzhen. Kelihatan papan tanda elektronik besar yang memaparkan jadual perjalanan kereta api.

Saya pun terus ke kaunter penjualan tiket. Kelihatan ramai orang sedang beratur membeli tiket dan mereka semua bertutur dalam bahasa Cina. Saya agak risau juga kalau-kalau penjaga kaunter berkenaan tidak dapat berbahasa Inggeris. Tetapi sangkaan saya meleset, dia dapat berbahasa Inggeris dengan baik. Saya membeli tiket hard-sleeper untuk perjalanan ke Guilin pada hari esok. Saya juga turut membeli tiket hard-seat dari Guilin ke Nanning untuk perjalanan 22 Disember nanti.

Selesai membeli tiket, saya meninjau kawasan sekitar stesen kereta api, kelihatan deretan teksi bergerak perlahan untuk mengambil penumpang.

Jam 2:15 ptg, saya kembali ke stesen metro Luohu dan membeli tiket ke stesen Science Museum untuk ke Yinhu.

Perjalanan dari Luohu ke Science Museum station memakan masa hanya 8 minit dan tambangnya adalah 3 Yuan. Gambar di bawah diambil di luar metro Science Museum. Bangunan tinggi yang kelihatan samar-samar itu adalah hotel St. Regis.

Saya juga tertarik dengan bunga-bungaan yang terdapat di sini. (nota: Saya bukan mat bunga).

Dari metro tersebut, saya menaiki teksi ke Yinhu. Tambang teksi di sini bermula dengan 10 Yuan (RM 5). Tujuan saya ke Yinhu adalah untuk check-in hotel di situ yang telah saya tempah menerusi agoda.com tempoh hari. Saya memilih Yinhu kerana di situ terdapatnya stesen bas untuk memudahkan pergerakan saya.

Setelah check-in hotel dan berehat seketika, saya bercadang untuk ke Dongmen, kawasan membeli belah di Shenzhen. Saya cuba mendapatkan maklumat dari kaunter reception hotel cara untuk ke sana dengan menaiki bas. Sekali lagi, bahasa menjadi masalah. Mereka tidak dapat berbahasa Inggeris. Mahu tidak mahu, kami berbahasa isyarat. Akhirnya saya berjaya mendapat maklumat untuk ke Dongmen. Saya pun terus ke perhentian bas.

Pemandangan kawasan Yinhu
Perhentian bas Yinhu
Di bawah ini adalah tempat saya menunggu bas. Di perhentian bas itu terdapat papan tanda nombor bas dan perhentian yang dilaluinya. Semuanya dalam tulisan Cina.

Destinasi bas pula dipaparkan dihadapan bas juga dalam tulisan Cina. Untuk ke destinasi, saya perlu merujuk kepada nombor bas.

Bas ke Dongmen adalah one-man operation. Tambang ke sana hanyalah 2 Yuan sahaja. Apa yang menarik, bas ini tidak ada loceng. Jadi penumpang hanya boleh berhenti di perhentian bas sahaja. Di setiap perhentian, terdapat pengumuman nama stesen dan stesen berikutnya. Macam dalam LRT pula.

45 minit dalam bas, saya tiba di area Dongmen. Saya dapati tempat ini penuh dengan pengunjung dan peniaga.

Kelihatan peniaga mencari rezeki. Saya menjangkakan peniaga dalam gambar di bawah berniaga secara haram kerana mereka kelihatan membawa keluar barangan ketika polis membuat rondaan.

Tiada apa yang menarik di Dongmen kecuali kedai menjual makanan halal ini. Gerai ini menjual sotong dan daging bakar.

Rasanya agak pedas tetapi cukup untuk memanaskan badan dalam cuaca Shenzhen yang sejuk ini.

Sotong
Daging bakar
Selepas mengisi perut di Dongmen, saya pun kembali ke hotel di Yinhu dengan menaiki bas. Cara untuk balik ialah dengan menunggu di perhentian bas yang bertentangan dengan tempat turun.

9:15 malam, saya tiba di hotel dan siap untuk tidur. Esok saya akan Dapeng seawal jam 6:00 pagi,

Cuaca di Shenzhen pada malam ini
 

 

Ulasan

  1. Penjual sotong tu: membakar sambil menari....rambut ade style elvis prsly..;)

    BalasPadam
  2. Penjual sotong tu: membakar sambil menari....rambut ade style elvis prsly..;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengisi petrol di Thailand

Ligor yang Penuh Sejarah

Membawa Motosikal Malaysia Memasuki Vietnam