Merentasi Sempadan China-Vietnam Dengan Kereta Api

Tengah sedap-sedap tidur dalam tren Nanning-Hanoi, pintu kabin saya diketuk beberapa kali. Rupanya pemeriksaan imigresen. Kami sudah pun sampai di Pingxiang (pintu keluar negara China). Jam menunjukkan pukul 10:30 malam.

Kastam pergi dari kabin ke kabin sampai membuat pemeriksaan passport. Dia turut mengutip passport mengikut urutan kabin.

Selepas semua passport dikutip, kastam mengarahkan penumpang turun dari kereta api untuk pemeriksaan bagasi. Maka, saya terpaksa membawa turun semua beg dan ia discan. Semua penumpang dikumpulkan dalam satu ruang. Macam pendatang asing pula rasanya.

Selesai pemeriksaan bagasi, mereka mengarahkan semua penumpang naik semula ke dalam kereta api. Semasa di dalam tren, passport saya dikembalikan. Ia telah pun dicop keluar negara China.

Kemudian tren meneruskan perjalanan. Saya kembali melelapkan mata. Kira-kira 45 minit kemudian, pintu kabin saya kembali diketuk. Rupanya saya telah sampai di Dong Dang (pintu masuk negara Vietnam). Jam menunjukkan pukul 12:00 tengah malam waktu Vietnam.

Dong Dang (pintu masuk Vietnam)
 

Kastam mengarahkan semua penumpang turun sambil membawa bagasi dan passport. Saya dapati pemeriksaan bagasi di sini agak kelam-kabut dan tidak teratur. Pemeriksaan passport juga mudah. Penumpang perlu menyerahkan passport di kaunter kastam dan menunggu sehingga semua passport dikumpulkan. Kastam kemudian mengira jumlah passport yang dikumpulkan supaya ianya sama dengan jumlah penumpang kereta api. Selagi tidak cukup, kami terpaksa menunggu.

Selesai pemeriksaan bagasi di Dong Dang
(Nota: Di stesen Dong Dang ini juga turut dijual makanan, minuman dan perkhidmatan menukar wang)

Kemudian, kastam akan memanggil nama seorang demi seorang untuk mengambil semula passport mengikut negara. Memandangkan rakyat China adalah paling ramai pada malam ini, seorang pelancong China dilantik untuk menyebut nama dalam passport supaya mudah difahami.

Menunggu nama dipanggil untuk mendapatkan passport
Setelah mendapatkan passport, saya masuk semula ke dalam tren. Proses di Dong Dang ini saja memakan masa hampir satu jam.

Stesen Dong Dang, Vietnam
Kemudian tren meneruskan perjalanan ke Hanoi. Saya kembali ke berth dan tidur. Dijangka tiba di Hanoi jam 5:00 pagi waktu Vietnam.

 

Ulasan

  1. tumpang tanya tuan tanah, saya dah beli tiket ke Guangzhou..saya plan travel melalui jalan darat dr gz-naning-vietnam-bangkok-msia. soalannya, perlukah sy apply visa masuk china (sbb xda tix return)

    BalasPadam
  2. sorry lambat reply mesej... visa hanya perlu sekali saja iaitu semasa masuk Guangzhou... Lepas tu nak keluar masuk China tiada masalah selagi visa valid. Saya dulu pun tiada tiket balik semasa perjalanan China-Vietnam.

    BalasPadam
  3. salam.. boleh sy dapat kan email tuan? sbb sy bercadang utk mengembara sperti di atas. TQ

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengisi petrol di Thailand

Ligor yang Penuh Sejarah

Membawa Motosikal Malaysia Memasuki Vietnam