Catatan

Hari 5: Seharian dalam Kereta Api Hanoi ke Danang

Imej
23 Disember 2012 Jam 4:50 pagi, kereta api tiba di Hanoi. Tiba di stesen Gia Lam, Hanoi Sebaik turun dari tren, saya merasakan stesen ini berbeza dari Stesen Kereta Api Hanoi yang pernah saya sampai 2 tahun lalu. Rupa-rupanya tren ini berhenti di stesen lain iaitu Gia Lam yang terletak kira-kira 5km dari Stesen Kereta Api Hanoi. Ini kerana landasan tren dari China adalah lebih lebar dari landasan tren di stesen Hanoi. Patutlah tren China tidak terhoyong-hayang sangat. Papan tanda di sini tren menyatakan stesen Gia Lam   Sebaik keluar dari stesen ini, saya didatangi pemandu teksi yang menanyakan destinasi kami. Saya memberitahunya mahu ke Ga Ha Noi (stesen kereta api Hanoi). Dia memberitahu tambangnya USD 15. Saya tidak membawa dollar Amerika dan memintanya tambang dalam matawang Vietnam. Dia memberitahu saya 300,000 Dong. Saya tidak dapat mencongkak berapakah nilainya dalam Ringgit Malaysia dalam keadaan baru bangun tidur dan baru bertukar negara. Dengan aplikasi Currency+ in...