Catatan

Itinerary Japan 2013: Day 6

Saya berada di Kyoto. Hari ni seharian suntuk saya akan explore bandar Kyoto pula. 17/12/13 (Selasa) 06:00 Tiba di Kyoto 08:00 Check-in First Cabin Kyoto – Karasuma (leave luggage) 09:00 Menaiki bas 市営20 6 ke Gojo-Zaka 09:30 Tiba di Gojo-Zaka Berjalan kaki ke pintu Tainai-Meguri Melawat Kiyomizu-dera Berehat di taman Maruyama-koen 13:00 Melawat Shoren-In 02:00 Menaiki bas 市営 5 ke Kyoto 03:00 Menaiki bas 市営2 8 ke Arashiyama Koen 嵐山公園 04:00 Arashiyama Bamboo Groove

Bermain salji di Happo-One

Imej
16/12/2013 Hari ini adalah hari ke-5 saya berada di Jepun. Sebaik bangun tidur, saya terus ke tingkap dan mendapati salji yang turun malam tadi sudah pun berhenti.   Saya pun keluar bilik dan menuju ke pantri untuk membuat air kopi panas. Hotel ini dilengkapi dengan ruang makan dan terdapat heater . Selepas mandi, saya pun bersiap-siap untuk keluar dari hotel. Sebaik sahaja keluar, seluruh kawasan diliputi salji tebal. Bergambar bersama staf di hadapan hotel Saya sempat membuat snow-ball dan membalingnya kepada rakan.     Saya pun terus melawat kawasan sekitar Happo-One (bukan sebut happo-wan tetapi happo-onnei ). Saya sempat meninjau ke kawasan Adam Gondola dan mendapati ramai pemain ski sedang beratur kerana gondola baru hendak beroperasi. Kelihatan simbol olimpik di bangunan stesen gondola yang menandakan kawasan ini pernah menjadi Tuan Rumah sukan Olimpik Musim Sejuk pada tahun 1998 dahulu. Saya pun menanggu...

Itinerary Japan 2013: Day 5

Hari ke-5. Saya kini berada di Happo One, Hakuba. Malam ini saya akan bergerak ke Kyoto menaiki bas malam. Doakan agar perjalanan saya hari ini dan malam ni selamat. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 16/12/13 (Isnin) 08:00 Explore Happo-One 06:00 Menaiki bas dari Hakuba ke Nagano 22:30 Bas Alpico ke Kyoto View Larger Map

Menaiki bas ke Hakuba dan salji lebat

Imej
Setibanya di Nagano, saya mencari tiket bas ekspres untuk ke Kyoto pada malam esok.     Mula-mula rasa risau juga kerana satu syarikat bas ini telah kehabisan tiket untuk ke sana. Mujurlah terdapat satu lagi bas ekspres untuk perjalanan ke sana esok malam. Tambang ke Kyoto adalah ¥ 6,200. Selepas mendapat tiket tersebut, saya mencari pula tiket bas untuk ke Hakuba. Mujur ada bas ke Hakuba jam 6:40 petang.     Tepat jam 6:40 petang, bas meninggalkan Nagano. Pada masa ini, salji telah mulai turun tetapi dalam keadaan gerimis.   Dalam perjalanan ke Hakuba, saya tertidur. Seperti perjalanan sebelum ini, di setiap hentian, pengumuman nama stesen diberikan.   Saya turun dari bas Hakuba-Happo kerana hotel yang ditempah berada berdekatan. Ini juga adalah hentian terakhir bas ini. Sebaik turun dari bas, kebanyakan kedai sudah tutup dan salji turun. Dengan menggunakan GPS, saya cuba mencari hotel saya. Agak sukar juga kerana ketika itu salji turun d...

Bullet train ke Nagano dan monyet salji yang pemalu

Imej
15/12/2013 Awal pagi lagi, selepas check-out hotel, saya berjalan kaki ke stesen Shinjuku. Dari situ, saya menaiki tren ke stesen Omiya.     Lebih kurang jam 8:20 pagi, saya pun tiba di stesen Omiya.   Setibanya di Omiya, saya bersarapan dahulu.     Selepas itu, saya pun naik ke platform dan  menunggu shinkansen ( bullet-train). Di bawah ini adalah tiket ke Nagano yang telah saya beli semasa di stesen Tokyo dua hari lepas. Tambangnya adalah ¥ 6,290     Selepas bersarapan, saya pun naik ke plaform untuk menunggu bullet-train tersebut ke Nagano. Rasa teruja melihat shinkansen ulang-alik di stesen ini menurun dan mengambil penumpang ke pelbagai destinasi. Bullet train tiba tepat pada masanya. Sebaik saja sampai, saya pun terus masuk ke dalam kerana tren hanya berhenti sekejap sahaja. Dalam perjalanan, saya dapat merasai sendiri kelajuan tren kebanggaan Jepun ini. Di bawah ini adalah kelajuan m...