Krabi Yang Indah


Hari Keempat: 1 Februari 2014
Sebaik bangun dari tidur, saya terus bersiap untuk keluar. Sementara itu, saya memanaskan dahulu enjin Tuxedo.
  
 
Seperti semalam, lokasi pertama awal pagi saya adalah pasar pagi. Kali ini saya ke Pasar Maharaj (sebut Maharat) di pekan Krabi.

 

 
Di pasar ini tidak banyak bezanya dengan pasar di Malaysia.
Perkara utama yang ingin saya cari di sini adalah sarapan pagi. Alhamdulillah banyak gerai Muslim di sini.
 
Di sini terdapat nasi beriani dan juga nasi kerabu.
 
Selesai bersarapan, ketika berjalan di dalam pasar ini, lagu kebangsaan Thailand berkumandang tepat jam 8:00 pagi. Kelihatan semua orang termasuk pelanggan dan peniaga memberhentikan urusniaga dan berdiri tegak menghormati lagu tersebut. Suasana seolah-olah terhenti seketika.
 
Selepas itu saya pun meninggalkan pasar untuk ke Ao Nang. Lihat figura yang terdapat di lampu isyarat ini.
 
Perjalanan ke Ao Nang melalui kawasan bukit batu kapur.
 

 
 

Jam 9:00 pagi, saya tiba di Ao Nang.
 
 
 
Sempat berjumpa kembar siam si Tuxedo di sini.
 
Di Ao Nang terdapat banyak gerai yang menjual cenderamata.
 
Di bawah ini pula adalah pakej-pakej untuk mereka yang ingin ke pulau-pulau berdekatan.
 
Seterusnya saya ke Pantai Nopparathara yang agak sunyi.
 
 
 
 
 
Dari pantai ini, saya pun bergerak balik ke hotel untuk check-out. Sempat lagi selfie.
 
Dalam perjalanan balik ke hotel, saya singgah di stesen minyak PTT untuk mengisi minyak penuh. Selepas check-out bermulalah pemanduan saya untuk balik Malaysia.
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengisi petrol di Thailand

Ligor yang Penuh Sejarah

Membawa Motosikal Malaysia Memasuki Vietnam