Hari 3: Tiba di Guilin dan Menyusuri Sungai Li
21 Disember 2012 Saya bangun dari tidur seawal jam 6:00 pagi. Saya masih lagi di atas berth tingkat atas. Saya pun turun ke bawah, mencuci muka dan gosok gigi dengan air yang sangat sejuk. Saya cuba meninjau keadaan cuaca di Guilin. Daripada aplikasi di bawah, suhu di Guilin telah turun ke 3 darjah celcius. Saya sempat merakam beberapa pemandangan semasa dari dalam tren pada pagi ini. Kebanyakan rumah dinding luarnya tidak disimen Matahari mulai terbit, berdasarkan peta destinasi saya masih jauh lagi. Saya menjangkakan tren lewat tiba di Guilin. Jam menunjukkan pukul 8:15 pagi dan tren sepatutnya sudah tiba di Guilin tetapi belum juga sampai. Saya pun bergerak dari gerabak ke gerabak menuju ke koc kafe untuk sarapan pagi. Coffee dan biskut famous amos Koc soft-sleeper Jam 9:30 pagi baru saya tiba di Guilin. Tren kelewatan hampir 2 jam. Sebaik turun dari tren, saya merasai kesejukan walaupun sudah memakai baju 3 lapis. Semalam semasa di Shenzhen, saya sudah pun m...