Catatan

Hari 3: Tiba di Guilin dan Menyusuri Sungai Li

Imej
21 Disember 2012 Saya bangun dari tidur seawal jam 6:00 pagi. Saya masih lagi di atas berth tingkat atas. Saya pun turun ke bawah, mencuci muka dan gosok gigi dengan air yang sangat sejuk. Saya cuba meninjau keadaan cuaca di Guilin. Daripada aplikasi di bawah, suhu di Guilin telah turun ke 3 darjah celcius. Saya sempat merakam beberapa pemandangan semasa dari dalam tren pada pagi ini. Kebanyakan rumah dinding luarnya tidak disimen Matahari mulai terbit, berdasarkan peta destinasi saya masih jauh lagi. Saya menjangkakan tren lewat tiba di Guilin. Jam menunjukkan pukul 8:15 pagi dan tren sepatutnya sudah tiba di Guilin tetapi belum juga sampai. Saya pun bergerak dari gerabak ke gerabak menuju ke koc kafe untuk sarapan pagi. Coffee dan biskut famous amos Koc soft-sleeper Jam 9:30 pagi baru saya tiba di Guilin. Tren kelewatan hampir 2 jam. Sebaik turun dari tren, saya merasai kesejukan walaupun sudah memakai baju 3 lapis. Semalam semasa di Shenzhen, saya sudah pun m...

Klip video semasa mendarat di Shenzhen dan menaiki Metro dan bas awam di Shenzhen

Imej

Meninggal Shenzhen dan bertolak ke Guilin

Imej
20 Disember 2012 Jam 2:00 petang, saya pun check-out hotel dan menaiki bas ke Stesen Kereta Api Shenzen kerana tren ke Guilin akan bertolak jam 5:46 petang. Dari hotel saya menaiki bas ke situ. Dalam perjalanan ke situ, saya sempat merakam beberapa gambar dari dalam bas. Untuk mengetahui sama ada saya tiba di destinasi, saya menggunakan applikasi Waze ini. Sebaik tiba di perhentian bas bersebelahan Stesen Kereta Api Shenzen, perut saya terasa lapar. Saya cuba mendapatkan lokasi makanan halal dengan bantuan foursquare dan aplikasi Waze. Alhamdulillah, saya berjaya menjumpai restoran halal ini yang terletak tidak jauh dari Stesen Kereta Api Shenzen. Disebabkan menu di restoran ini semuanya bertulisan Cina, saya memilih makanan berdasarkan gambar yang terdapat di dinding ini.   Di bawah ini adalah gambar makanan tengah hari saya di sini. Muka kelaparan Selesai makan, saya pun bergerak semula ke Stesen Kereta Api Shenzen. Kelihatan ramai orang sedang mundar-mandi...