Catatan

Krabi Yang Indah

Imej
Hari Keempat: 1 Februari 2014 Sebaik bangun dari tidur, saya terus bersiap untuk keluar. Sementara itu, saya memanaskan dahulu enjin Tuxedo.       Seperti semalam, lokasi pertama awal pagi saya adalah pasar pagi. Kali ini saya ke Pasar Maharaj (sebut Maharat ) di pekan Krabi.

Dari Pantai Timur ke Pantai Barat Selatan Thai

Imej
Dari Nakhon Si Thammarat, saya pun menunggang motosikal ke Krabi. Dalam perjalanan, saya dapati lebuh raya menuju ke utara ditutup oleh sekumpulan penunjuk perasaan. Majoriti mereka memakai baju hitam. Saya perasan ada motosikal yang melalui himpunan tersebut. Saya pun memberanikan diri melaluinya.   Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya pada ketika ini.

Ligor yang Penuh Sejarah

Imej
Hari Ketiga: 31 Januari 2014 Awal-awal pagi lagi saya sudah bangun dan bersiap untuk melawat ke bandar Nakhon Si Thammarat. Lokasi hotel saya dengan pekan Nakhon ada dalam 5 km. Kelihatan banyak penduduk di sini mundar-mandir bagi memulakan hari.

Menunggang Motosikal Ke Thailand

Imej
Hari Pertama: 29 Januari 2014 Hari ini saya memulakan pengembaraan solo saya ke Negara Thai dengan bermotosikal. Odometer awal saya menunjukkan KM 6856.

Tandas di negara Jepun

Imej
Satu perkara yang saya tertarik di Jepun adalah tandasnya. Tandasnya dilengkapi dengan alat eletronik untuk simbah ( flush ) dan cuci ( bidet ). Selain itu, pada musim sejuk, seat cover tandas ini juga boleh dipanaskan sebelum duduk.   Terdapat pelbagai jenis papan elektronik untuk tandas ini.         Di bawah ini adalah gambar cara menggunakan tandas tersebut.   Selain daripada tandas jenis duduk ( western style ). Terdapat juga tandas jenis cangkung ( japanese style ). Berbeza dengan tandas cangkung di Malaysia, tandas cangkung jenis Jepun ini memerlukan penggunanya duduk mencangkung menghadap flush . Ertinya membelakangkan pintu tandas. Gambar di bawah adalah cara menggunakan tandas jenis Jepun ini.  

Meninggalkan Jepun melalui Osaka

Imej
18/12/2013  Hari ini adalah hari terakhir saya di Tokyo. Awal-awal pagi saya sudah check-out hotel dan bergerak ke Stesen Kyoto. Saya akan menaiki tren Haruka pada pukul 6:22 pagi ke Lapangan Terbang Kansai yang terletak di Osaka.   Berikut ini adalah tiket tren yang telah saya tempah pada hari semalam di stesen Kyoto.   Tepat masanya, tren tersebut pun tiba di stesen.   Sejam lebih perjalanan, saya pun tiba di Lapangan Terbang Kansai.             Lega kerana selesai urusan check-in bagasi dan memperolehi boarding pass ini.     Kansai adalah lapangan terbang yang terletak di sebuah pulau di tengah laut.   Ia dihubungkan ke tanah besar Jepun melalui jambatan ini.     Sementara menunggu penerbangan, saya bersarapan. Menjadi budaya masyarakat di sini mengemas meja sendiri lepas makan.   Penerbangan saya dijangka berlepas jam ...

Itinerary Japan 2013: Day 7 (Hari terakhir)

Hari adalah hari terakhir saya di Jepun. Hari ini juga pelengkap bagi perjalanan saya di negara ini selama 7 hari 6 malam dengan eksplorasi bandar Tokyo, Nagano, Hakuba dan Kyoto. Saya akan kembali ke Malaysia melalui Osaka. 18/12/13 (Rabu) 06:22 Tren Haruka ke Kansai Airport 07:41 Kansai Airport Doakan agar saya selamat tiba di Malaysia.