Menaiki bas ke Hakuba dan salji lebat
Mula-mula rasa risau juga kerana satu syarikat bas ini telah kehabisan tiket untuk ke sana. Mujurlah terdapat satu lagi bas ekspres untuk perjalanan ke sana esok malam. Tambang ke Kyoto adalah ¥ 6,200.
Selepas mendapat tiket tersebut, saya mencari pula tiket bas untuk ke Hakuba. Mujur ada bas ke Hakuba jam 6:40 petang.
Tepat jam 6:40 petang, bas meninggalkan Nagano. Pada masa ini, salji telah mulai turun tetapi dalam keadaan gerimis.
Dalam perjalanan ke Hakuba, saya tertidur. Seperti perjalanan sebelum ini, di setiap hentian, pengumuman nama stesen diberikan.
Saya turun dari bas Hakuba-Happo kerana hotel yang ditempah berada berdekatan. Ini juga adalah hentian terakhir bas ini.
Sebaik turun dari bas, kebanyakan kedai sudah tutup dan salji turun. Dengan menggunakan GPS, saya cuba mencari hotel saya. Agak sukar juga kerana ketika itu salji turun dengan agak lebat.
Saya singgah di sebuah kedai menyewa peralatan ski. Pemilik kedai tersebut membantu saya mencari hotel. Siap membuka internet dan mencari lokasi hotel saya. Selepas berjaya mendapatkan maklumat tersebut, dia pun mengeluarkan peta dan melukis panduan arah ke hotel tersebut. Saya kagum dengan kesungguhan oleh pemilik kedai tersebut.
Selepas itu, saya pun terus berjalan kaki menuju ke hotel. Agak jauh juga lokasi ke situ.
Ketibaan saya di hotel disambut dengan baik oleh seorang wanita. Dia pemilik
hotel tersebut. Saya terpegun dengan keramahannya. Bahasa Inggerisnya juga agak
baik. Dia siap upgrade bilik saya kepada private room with bath
secara percuma. Mungkin kasihan melihat keadaan saya yang dipenuhi salji.
Saya pun terus ke bilik dan berselimut sepanjang malam.
salam.. tumpang tanya apa nama hostel tu yer? n berapa rate semalam? heh
BalasPadam