Catatan

Kembali ke Malaysia

Imej
Dari Bangkok, saya pun memulakan perjalanan untuk balik ke Malaysia. Saya check-out dari hotel pada jam 12.00 tengah hari dan memulakan pemanduan ke selatan. Dalam perjalanan, saya mengisi minyak dahulu sebagai persiapan untuk perjalanan jauh. Saya mengisi sehinggah tangki penuh iaitu sebanyak 1800 Baht (RM180). Setelah memandu hampir 4 jam, saya pun singgah untuk makan tengah hari di restoran muslim ini. Nama restorannya "Khrua Muslim Sabilillah" Pemilik restoran ini begitu peramah sekali. Yang menarik adalah masakannya. Saya meminta nasi putih, kari daging, daging masak merah, kari ayam dan kentang (sebut man-farang dalam bahasa Thai) dan ulam-ulaman. Harganya pun berpatutan. Selepas itu, saya pun meneruskan pemanduan. Dalam perjalanan, saya singgah mengisi minyak lagi. Kali ini saya mengisi sebanyak 1000 Baht dan mendapat hampir 25 liter minyak gasohol. Perancangan awal, saya sepatutnya bermalam di Phattalung. Tetapi memandang jam sudah hampir ke tengah malam, saya s...

Pelan Hari 8: Phattalung - Kluang

View Larger Map Tibalah hari terakhir perjalanan Road to Sukhothai. Hari ini saya akan memandu balik ke Malaysia dan terus ke Kluang, Johor. Pemanduan hari ini adalah sejauh 896 km. Doakan semoga saya selamat sampai dan kembali ke tanah air.

Pelan Hari 7: Bangkok - Phattalung

View Larger Map Hari ini telah pun 7 hari saya berada di Thailand. Hari ini juga saya akan meninggalkan Bangkok dan menuju ke selatan. Insya-Allah, akan bermalam di Phattalung. Pemanduan sejauh 840 km. Doakan perjalanan selamat.

Hari Terakhir di Bangkok

Imej
Selepas melawat dua buah masjid di Bangkok, saya pun bergerak ke Wat Arun. Kuil ini terletak berdekatan dengan masjid-masjid tersebut. Kali ini sudah 4 kali saya melawat kuil ini. Kali pertama semasa saya berusia 12 tahun. Ketika itu saya bersama famili saya melawat Bangkok. Kali kedua semasa tahun 2005 dan kali ketiga semasa perayaan Songkran pada tahun 2009. Wat Arun ini merupakan mercu tanda utama di Bangkok. Apa yang menarik,kuil ini terletak di tebing Sungai Chao Phraya. Kelihatan beberapa ekor ikan berenang-renang di dalam sungai ini. Selepas berehat sebentar, saya pun meneruskan perjalanan ke Pasar Minggu Chatuchak atau dikenali sebagai Chatuchak Weekend Market . Sungguhpun pasar ini dibuka hanya pada hari Sabtu dan Ahad, kini terdapat banyak kedai yang sudah memulakan perniagaan pada hari Jumaat. Di Chatuchak ini terdapat beribu-ribu buah gerai yang menjual pelbagai barangan dari haiwan peliharaan, cenderamata, makanan, pakaian hinggalah perhiasan, buku-buku dan banyak lagi...

Melawat Masjid Bangkok pada hari Jumaat

Imej
Hari ini adalah hari Jumaat. Lebih afdal rasanya jika saya berkunjung ke masjid pada penghulu segala hari ini. Saya bercadang untuk melawat 2 masjid utama di Bangkok. Masjid pertama yang ingin saya berkunjung adalah Masjid Bangluang. Sudah lama saya ingin berkunjung ke sini selepas menonton sebuah rancangan di TV3 yang dihoskan oleh Fetheri Yahya semasa bulan Ramadan tahun lepas. Masjid ini dibina semasa pemerintahan Raja Rama yang pertama lagi. Untuk sampai ke masjid, saya perlu parkir kereta saya di tepi jalan besar dan melalui lorong di tepi parit besar di belakang rumah penduduk sini. Beginilah pemandangan masjid dari luar iaitu di pintu masuknya. Sebaik tiba di masjid, saya terlihat tempat mengambil wuduk ini. Apabila terpandang menara masjid ini, saya terbayang masjid-masjid yang terdapat di Malaysia. Walaupun kebanyakan bahagian masjid ini tampak lama dan tradisional, tetapi waktu solat dipaparkan dalam bentuk digital. Tarikan utama di masjid ini adalah mimbarnya yang mempunyai ...

Amphawa dan Makanan Muslim Bangkok

Imej
Selepas melawat Mae Klong, saya pun memandu ke Amphawa. Dalam perjalanan ke sana, saya mengisi minyak kereta terlebih dahulu. Saya mengisi sebanyak 1000 Baht. Selepas itu saya meneruskan pemanduan. Gambar di bawah adalah pintu gerbang Amphawa. Di pekan Amphawa, terdapat pasar terapung. Akan tetapi, pasar terapung ini hanya beroperasi pada hujung minggu sahaja. Di terusan inilah lokasi pasar terapung tersebut. Sebelum balik semula ke Bangkok, saya singgah di kedai cenderamata Sri Amphawa ini. Selepas membeli beberapa cenderamata, saya pun memandu ke Bangkok. Dalam perjalanan, saya melalui semula daerah Samut Songkhram. Daerah ini terkenal dengan perusahaan garam air lautnya. Terdapat banyak gerai menjual garam di tepi lebuhraya. Saya pun meninjau ke salah sebuah gerai yang terdapat di sini. Kelihatan banyak jenis garam yang siap dibungkus dan harganya sangat murah. Menjelang petang, saya pun tiba di Bangkok dan perut pula terasa lapar. Apa tidaknya, sejak pagi tadi, saya hanya maka...

Pasar Mae Klong Atas Landasan

Imej
12.30 PM Saya pun memandu kereta menghala ke Mae Klong untuk melihat pasar di atas landasan keretapi yang terletak lebih kurang 50 km dari Phra Samut Chedi ini. 1.15 PM Saya melalui pintu gerbang Samut Sakhon. 1.45 PM Saya melalui pula pintu gerbang Samut Songkhram. Di daerah inilah terletaknya pasar di atas landasan kereta api itu. Dalam perjalanan, saya lihat banyak terdapat perusahaan memproses garam dari air laut. Kincir angin juga banyak terdapat di sini. 2.15 PM Saya pun tiba di pasar Mae Klong ini. Pasar ini terletak di atas landasan kereta api yang masih digunakan. Pelbagai barangan boleh didapati di sini antaranya, sayur-sayuran segar, hasil laut, kuih-muih, selipar malah CD dan DVD. Saya tertarik melihat manisan kecil ini. Setiap satu berharga 5 baht sahaja. Ini juga menarik perhatian saya. Katak panggang. Yang ini harganya agak mahal berbanding manisan tadi. Setiap satu 40 baht termasuk sambalnya. Saya menyusuri pasar ini sehingga ke penghujungnya. Ag...