Ride & Chill 2017: Heaven's Gate Pass
Hari 9 (20 Disember 2017, Selasa) Hari ini adalah permulaan highlight utama Ride & Chill 2017 iaitu ride ke kawasan pergunungan Utara Vietnam. Ride ini merupakan satu loop (lingkaran) yang bermula dan berakhir di Ha Giang, wilayah paling utara di negara Vietnam. Untuk hari pertama, perjalanan sejauh 100 km dari Ha Giang dan berakhir di Yen Minh iaitu tempat saya bermalam. Peta Laluan: Keadaan Tuxedo yang diparkir di dalam hotel di Ha Giang Ha Giang di waktu pagi Selepas bersarapan, saya telah bersedia untuk hit the road . Dari pekan Ha Giang, saya menggunakan laluan QL4C dan sempat mengisi minyak Tuxedo. Keluar sahaja dari pekan ini, saya dihidangkan dengan jalan yang mula membukit. Kira-kira 30 km, tersergam pintu gerbang yang mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke Geo-Park Dataran Tinggi Karst Dong Van. Kelihatan di kejauhan papan tanda yang tertera nama Geo-Park ini dalam ga...